Soalan Lazim
Soalan Lazim
Dapatkan jawapan kepada soalan lazim tentang Kahwin Studio.
Bagaimana cara buat laman web kahwin?
Mudah sahaja. Pilih tema yang anda suka, kemudian edit nama pengantin, tarikh, masa dan lokasi majlis. Anda boleh melihat pratonton dan terus berkongsi dengan tetamu.
Berapa harga laman web kahwin?
Bina dan terbitkan jemputan secara percuma. Standard berharga RM59 untuk semua tema, pengurusan semua RSVP, buku tetamu digital dan salam kaut. Premium berharga RM119: pereka jemputan peribadi kami membina keseluruhan jemputan untuk anda. Bayaran sekali sahaja, tanpa bayaran bulanan.
Bagaimana ia boleh percuma?
Pelan Percuma membolehkan anda membina dan menerbitkan jemputan lengkap dengan 2 tema, gambar muka depan, RSVP tanpa had dan jumlah kehadiran penuh. Butiran tersedia untuk 5 respons terawal. Jemputan percuma memaparkan kredit kecil Kahwin Studio di bahagian bawah. Standard (RM59) dan Premium (RM119) ialah bayaran sekali untuk pasangan yang mahukan lebih banyak ciri.
Perlukah saya daftar akaun?
Tidak untuk mencuba. Anda boleh terus membina jemputan tanpa mendaftar, dan kemajuan anda disimpan pada peranti ini. Daftar akaun percuma apabila anda sedia untuk menerbitkan, supaya jemputan dan RSVP anda disimpan dengan selamat.
Apa kelebihan laman web kahwin berbanding kad fizikal?
Laman web kahwin lebih menjimatkan, mesra alam dan mudah diedit pada bila-bila masa. RSVP juga dipantau secara automatik, manakala tetamu boleh menyimpan tarikh majlis terus ke kalendar telefon.
Boleh edit laman web kahwin selepas dikongsi?
Ya. Anda boleh mengedit laman web kahwin pada bila-bila masa. Setiap perubahan akan terus dipaparkan pada pautan yang sama, jadi anda tidak perlu menghantarnya semula.
Boleh letak lagu latar?
Boleh, dalam semua pelan. Tampal pautan YouTube lagu pilihan anda, dan lagu akan dimainkan apabila tetamu membuka jemputan. Tetamu boleh menutup bunyi pada bila-bila masa.
Bagaimana tetamu boleh RSVP?
Tetamu membuka pautan jemputan anda dan mengisi borang RSVP dalam beberapa saat, tanpa aplikasi atau akaun. Jumlah kehadiran dipaparkan pada papan pemuka.
Berapa lama masa untuk siapkan laman web?
Dalam beberapa minit. Pilih tema, masukkan butiran majlis dan laman web anda sedia untuk dikongsi. Tidak mahu membinanya sendiri? Dengan Premium, pereka jemputan peribadi kami menghantar draf pertama dalam 3 hari bekerja selepas menerima butiran anda.
Boleh kongsi laman web di WhatsApp?
Boleh. Anda boleh berkongsi pautan laman web kahwin melalui WhatsApp, Instagram, Facebook, Telegram atau platform media sosial yang lain.
Adakah tetamu memerlukan aplikasi atau akaun?
Tidak perlu aplikasi atau akaun untuk tetamu. Kahwin Studio berfungsi sepenuhnya dalam pelayar. Anda dan tetamu boleh membuka laman web kahwin daripada mana-mana peranti tanpa memuat turun aplikasi.
Adakah laman web kahwin sesuai untuk majlis Melayu?
Ya. Tema kami direka untuk majlis perkahwinan di Malaysia, termasuk akad nikah dan kenduri kahwin. Anda boleh memasukkan butiran beberapa acara dalam satu laman web.
Bolehkah saya terbitkan percuma, dan apa berlaku selepas 5 respons?
Ya. Cipta akaun untuk menerbitkan jemputan secara percuma. Tetamu masih boleh menghantar RSVP. Setiap respons dikira dalam jumlah kehadiran. Anda boleh melihat butiran dan ucapan bagi 5 respons terawal; respons selebihnya dibuka apabila anda naik taraf ke Standard atau Premium.
Apakah perbezaan Standard dan Premium?
Dengan Standard, anda membina jemputan sendiri dengan semua tema, papan pemuka untuk mengurus semua RSVP dan buku tetamu digital. Premium merangkumi semua dalam Standard, dengan pereka jemputan peribadi yang menyiapkan jemputan bersama anda.
Apa yang perlu saya hantar untuk Premium?
Apa sahaja yang anda sudah ada. Nama anda berdua, tarikh dan lokasi majlis sudah cukup untuk bermula. Tambah foto dan tema pilihan anda, atau biar kami pilihkan. Kad kahwin, PDF atau mesej WhatsApp juga boleh, dan kami akan bertanya jika ada yang tertinggal.
Berapa lama sebelum saya dapat melihat jemputan saya?
Pereka jemputan peribadi anda akan menghubungi anda melalui WhatsApp dalam 1 hari bekerja selepas pembayaran. Draf pertama siap dalam 3 hari bekerja selepas kami menerima nama, tarikh dan lokasi majlis, dan kami akan mengubah suainya bersama anda sebelum diterbitkan.
Bolehkah saya naik taraf kemudian?
Ya. Laman web dan respons sedia ada kekal apabila anda naik taraf. Standard berharga RM59 dan Premium RM119, dengan bayaran sekali sahaja. Naik taraf daripada Standard ke Premium kini berharga RM60.
Adakah pautan peribadi termasuk domain sendiri?
Standard dan Premium membolehkan anda memilih alamat yang masih tersedia di Kahwin Studio, seperti kahwinstudio.com/aina-hakim. Domain tersendiri tidak disertakan.
Masih ada soalan? Cuba bina laman anda dahulu tanpa perlu mendaftar.
Mula bina percuma